Saturday, July 18, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Yatim
Sunday, June 21, 2009
Abah

Abah,
Selamat Hari Bapa.
Semoga Abah Dicucuri Rahmat Di Sana.
Tenang Di Samping DIA Yang Esa.
Amin.
-Farid-
Sunday, June 14, 2009
Makhluk Nya
Dalam kepercayaan kita beragama, satu yang kena kita akui ialah di sekeliling kita terdapat bermacam2 jenis makhluk ciptaan Nya. Ada yg dpt dilihat dgn mata kasar dan ada juga yg telah ditentukan oleh pencipta Nya , hanya mereka yg bertuah sahaja dpt melihatnya. Aku percaya itu dan percayanya aku adalah 100% dan tanpa sedikit pun keraguan.
Dan lagi, kata ahli agama dan cerdik pandai 'kanak-kanak atau bayi yang masih kecil diberi kesempatan untuk melihat makhluk yg tidak terlihat oleh kita dgn mata kasar'.
Itu pun aku percaya tanpa was was.
Kalau korang masih igt n dh baca entry aku dulu, aku penah wat satu tajuk "Hide n Seek". Time aku becuti ke Bagan Lalang n tetiba keliwon enter frame. Citer kali ni pown tak bnyk beza cuma lokasi dan masa tidak sama. Watak utama masih dipegang oleh anak buah kesayangan aku, Harith Danial..
Bebaru ni family kami bercuti lg n kali ni ke Pangkor. Pangkor yg terkenal dgn ikan bilis n sotong kering mmg amat mengujakan. Teluk Nipah yg kehijauan airnya, Kedai Hasil Laut Eng Kee yg bmacam2 jenis mknn laut (ada cop Halal sah ye) n van pink usang yg nk terbarai tp driver bawak laju giler cm minah rempit. Cuma yg sedikit mencacatkan ialah bila keliwon ikut serta dlm percutian kami. Cisss!!
Kami tinggal di Marina Cove Lumut. Aprtment 3 bilik. Betul2 bersebelahan dgn Outward Bound School (tmpat keramat yg mana aku penah dicampak ke laut, ditinggalkn dlm hutan 3 hari 2 mlm sensorang n berkayak dr kol 8 am smpi 9 pm selama 25 hari dolu2). Marina Cove ni siap dgn tmn tema n sumer family aku mmg enjoy gilorz.
Hari pertama pas mghrib, kitorang kuar lepak kt Pekan Lumut. Jln2 smbil smbil lepak tepi laut. Balik hotel lebih kuang dlm kol 11.00mlm cmtu. Harith (watak utama) dh tido dr dlm keta lagi. So ayah dia angkat n masuk bilik. Raba pampers, berat pulak. Basah. So adik ipar aku (ayah Harith) pown siap2 nk tukar pampers. Elok ja dia tersedar n terjaga, terus menangis. Slalu ok n dia x bnyk ragam. Mula2 perlahan n lama2 makin kuat. Puas pujuk, dukung, buai, bagi susu, bagi glucose, sapu minyak telon bagai tetap x jalan. Dari luar bilik, pindah ke ruang tamu, tetap menangis. Satu jam menangis, agaknya dh letih dia pown tertidur kat ruang tamu. Kitowang pown masuk bilik. Elok2 nk layan mimpi, dgr dia meraung lg. Tgk jam kol 4 pagi. Arggghh.. Sudah. Puas pujuk n lepas stgh jam, baru berenti. n smpi pagi arr dia tidur nyenyak.
Ok. Pagi tu kitorang masuk Pangkor. Naik feri seawal jam 9 am. After enjoy2 n beli belah, kol 3 kuar Pangkor n lebih kuang kol 4 smpi hotel balik. Sumer dh letih n pakat tido. Harith n parents dia kuar pi Lumut sbb x mo ikut kitorang kuar mlm tu. Takut Harith meragam lg.
Lepas maghrib, kitorang pown dinner kt medan ikan bakar betul2 sebelah hotel kami. Watak utama pown join. Abis mkn dlm kol 9mlm, Harith n parents dia balik hotel. Siap2 nk tido. Aku n akak2 n abang2 tmasuk mak jenjalan kt Lumut. Mlm terakhir soping. Balik lebih kuang kol 11, smpi dpn pintu hotel trdgr suara budak menangis. Angah dh buat remark "menangis lg Harith mlm nie".
Bukak ja pintu, dia tgh menangis. Tanya adik, dia kata baru nangis. Takde apa2 tetiba menangis. Aku dh x sedap ati. Terasa2. Mlm ni lg teruk sbb dia menangis smbil pejam mata. Takut kena sawan nnti. Satu jam menangis masih x berenti. Adik aku (mak Harith) dh start nk nangis. Abang ipar aku dh praktis sumer ilmu dia, tetap x jalan. Mak dah potong n sapu bwg putih, Harith masih menangis. Lagi kuat. Abang ipar aku siap azan kt sumer penjuru hotel, Harith tetap mcm tu. Menangis smbil pejam mata. Puas panggil, dia tetap x sedar. Aku yg dh mati akal, msg Paksu. Minta jalan cmna nk buat. Paksu @ Md. Fauzi Othman pernah belajar di Darul Syifa'. Paksu kata baca Al Faatihah n 3 Qul, hembus dr hujung rambut smpi hujung kaki. Aku buat. Tp Harith tetap menangis. Semua dh mati kutu.
Last2 mak bersuara.. "cuba bawak keluar dari hotel ni. turun bawah ke, masuk dalam keta ke. mana tau kalau dia senyap..."
Masa tu dh pukul 12.30 mlm. Akak n abang ipar aku sumer x stuju. Kata x elok bwk budak kecik kuar mlm2. Aku? Aku sokong mak aku. Soh adik aku bwk kuar takut2 makhluk tu ada kt dlm hotel tu.
Adik ipar aku dgn baju tidur, terus bawak kuar. Elok ja melangkah kuar dr pintu hotel, Harith terus senyap. Terlentok n tidur atas bahu ayah dia. Sah. Keliwon ada dlm hotel tu.
Nak jadi cerita, mlm tu adik, adik ipar n mak aku tidur dalam keta Exora Harith. Dah rezeki nk tidur dlm keta baru. Smpi ke pagi, Harith tidur nyenyak. x menguit pown. Yg x nyenyak adik, adik ipar n mak aku sbb tidur dlm keta. Aku? Pown terkebil2 kat atas sbb terpaksa tido dlm bilik Harith. Jadi jaga kt bilik tu. Aku takut bila bangun, keliwon tu ada sebelah aku. Cepalihhhh!!!!!!
p/s : Ustaz yg pernah tawar air tuk Harith, penah ckp kt adik n adik ipar aku.. "anak ko ni comel n putih. ramai yg suka n perhatikan dia nih.." Wallahua'lam..
harith danial ariffinWednesday, June 10, 2009
Adil
Bukan Aidil Zafuan.
ADIL.
Bukan KeAdilan jugak.
ADIL.
Dedolu wktu zaman kanak2, bila org tanya apa itu adil, aku akan jawab sama. Adil maksudnya sama. Sebab? Mudah ja. Kalau mak beli gula2, setiap adik beradik aku mesti dapat jumlah yg sama. Kalau dua, dua lah semua. Kalau lima, setiap org akan dapat lima. Mak cakap biar adil. So adil=sama. Itu dulu.
Masuk sekolah menengah n universiti, aku belajar yg adil tu x semestinya sama. So sedikit terpesong kefahaman aku wktu bebudak dulu. Nama pown bebudak. Bila kt uni n belajar Ayat Ahkam, Ustaz Nik Rahim cakap "adil bermaksud meletakkan sesuatu itu di tempat yg betul". Maksudnya, kalau Akhil (bukan nama sebenar) belikan Maiza (bukan nama sebenar) kereta Honda City untuk kemudahannya demi anak2, itu adalah adil. Lagipun Mai tu kan isteri dia. So Wahida (bukan nama sebenar) tak boleh nk komplen klu x dapat keta. Lagi pun dia bukan isteri Akhil. Basikal pown x layak diberikan. Apa kes kau??? Kalau Akhil bagi jugak, itu sudah tidak adil. Atas dasar apa Akhil bagi kereta kat Wahida? Sebab nak tolong wanita susah? Susah ke Wahida tu? Kat luar sana berlambak lagi wanita yg jauh lagi susah berbanding Wahida. So kena faham la ye konsep adil.
Emosional lak aku walaupun bukan nama sebenar. Cheh!
Stop. Kt atas tu citer rekaan dan takde kena mengena dgn yg masih hidup atau yg mati.
_________________________________________
Yg aku nk citer apa yang berlaku di sekeliling aku skang. Aku rasa konsep adil ni makin terhakis di tempat aku cari makan. Macam 'sila'. Kena menjilat kalau nk dapat. Apa itu?
Aku punya gaji dipotong selama 11 bulan mulai bulan lepas. Dipotong kerana kebangangan mereka yang terlibat. Sangat bangang. Kisahnya..
Tahun lepas aku diarahkan untuk mememangku tugas bagi post yg kosong selama setahun. Fine. Aku buat. Dengan penuh berhemah dan tanggungjawab semestinya. Tugas memangku tamat pada bulan Mac tahun ini. Ok. Bila sampai bulan 3, aku dapat surat dari HR mengatakan yang sepatutnya tugas memangku itu tamat bulan 12 tahun lepas. Fish you!! Dan sebab tugas itu sepatutnya dah tamat, maka segala elaun memangku dari bulan Januari 09 sehingga Mac 09 akan dipotong melalui gaji bulanan aku. Fish you again!!
Sepanjang tempoh 3 bulan memangku itu, aku kena pi outstation, hadir meeting, sign afidavit, pegi mahkamah dan segala mak nenek lain. Aku buat sbb itu tugas aku dan kalau aku tidak buat, aku berdosa. Amanah.
Hasilnya?
Gaji aku start dipotong mulai April 09 sampai tahun depan. Skang sumer org disekeliling aku lepas tangan. Mcm takde benda yg berlaku. Boleh gelak2 ja. Nak best lagi, boleh buat remark aku berkira sangat bila tiba bab2 duit. Sialan kamu. Sungguh! Aku doakan kamu kemalangan dan mati dilanggar lori balak. Betul. Aku doakan itu untuk kamu (walaupun doa benda yang tidak baik itu, tak elok). Aku marah.
Ia amat tidak adil.
Kamu jawab di depan Tuhan kamu esok. Di hari Itu.
Dan aku tidak sekali-kali akan menghalalkan apa yang dipotong dari gaji aku. Tidak sekali kali..
p/s : Bila menulis dlm keadaan marah, hasil tulisan ntah hape hape..
Saturday, May 23, 2009
4 Sekawan
Semalam.
5.15 am. Henpon kat tepi katil berbunyi. Alahai..Sapa la tipon pepagi nih. Tgk skrin 'Izam'. Jawab. "Rid, nak bagitau kau ni. Abah den meninggal malam tadi. Jenazah dah sampai kampung".
Innalillahiwainnailaihiroojiuuun...
Satu lagi makhluk ciptaan Nya dipanggil pulang utk mengadap dan dihisab. Tahun ni saja dah beberapa kali aku amik EL disebabkan kematian. Mula dgn Pak Cu, pastu Pak Ngah, ni pulak jiran sebelah rumah yang aku panggil Abah Akak. (abah akak sebab dia ada seorang anak perempuan bongsu yg bahasakan diri dia akak).
Abah akak adalah membe baik arwah abah aku. Membe yg sgt baik dan aku mengkagumi persahabatan mereka. Abah akak muda dua tahun dari arwah abah. Sama2 belajar di maktab, sama-sama keluar jadi cikgu, kemudiannya sama2 jadi Guru Besar. Baiknya mereka sampaikan beli tanah di tempat yg sama (rumah aku di kampung sekarang) dan berkongsi satu geran. Rumah kami takde pagar dan berkongsi laman serta parit.
Sbnarnya mereka ada 2 orang lagi kawan yg jadi click. Pakcik Ibrahim Idris dan arwah Pakcik Husin. Pakcik Ibrahim @ Rohim Kighih dan Pakcik Husin @ Husin Keledek. 4 orang ni klu dh jumpa mmg lupa dunia. Port dorang pangkin depan umah aku dulu. Time dorang burak aku dgn Izam (membe baik aku) slalu ja wat2 main tepi dorang. Sebab? Pakcik Rohim Kighih (yg berada) slalu bagi kitorang lima puluh sen.Hehe..
4 sekawan ni juga slalu terbang merayau2 pi melancong. Emak aku time ni mmg hepi giler sbb dpt soping. Ada satu topi yg mak aku beli wktu pi Jakarta time aku darjah 5 dulu yg aku simpan lagi. Sentimental value sbb aku berebut dgn abg aku tuk dptkan topi tu n last2 best man win. Hehe..Time dorang pi jenjalan, aku adik beradik cuma dpt ikut smpi airport ja. Tp tu pun dh cukup hepi sbb bkn senang nk jenjalan kt KL n menjejakkan kaki di Subang Airport pown dh rasa puas giler. Org kampung la katakan..
4 sekawan ni juga ada hobi menjala ikan. Depa slalu kuar explore sungai yg ntah kt mana2, pasang jaring n 2 hari lepas tu baru balik dgn ikan yg makan seminggu pown x abis. Kekadang bawak balik madu lebah hutan yg mmg pure n slalu aku dgn Izam yg tapis madu dari sarang dia. Satu lagi, 4 sekawan ni juga suka hisap Gudang Garam (wktu memuda dulu lar). Kalu balik dri Indon mesti ada berkaton2 Gudang Garam kt umah. Hehe..Aku dan Izam slalu cilok sekotak dua n hisap tepi sungai belakang umah Makcik Timah Ma'lap. Tapi bila abah memasing dpt tau, confirm birat seluruh badan kena belasah.
Itu citer 4 sekawan. Dulu.
Semuanya lanjutan citer Abah Akak. Dan semalam, aku berpeluang mewakili arwah abah, mengangkat pengusung dan keranda Abah Akak bermula dari arwah meninggalkan rumah sehingga diturunkan ke liang lahad. Terbit rasa sayu di hati sbb aku terasa2 arwah abah tersenyum melihat semua ini berlaku. Sempurna tugas seorang kawan.
Semalam juga aku jumpa Pakcik Rohim Kighih di masjid ketika usai solat jenazah Abah Akak. Di hujung mata yg berkaca, terngiang2 kata2 beliau " semuo dah takdo, Farid. Arwah Pakcik Husin yg mendahului, arwah abah kau mengikut dan ari ni, Cikgu Usop lak yg dipanggil. Pakcik bilo laie lar..."
Aku capai tangannya, aku cium penuh rasa hormat dan Insya Allah, satu hari nnti bila beliau dipanggil mengadap Penciptanya, aku akan mewakili arwah abah, menjalankan tugas seorang kawan utk kawan yg disanjungi.
Insya Allah..
Abah Akak @ Tuan Haji Yusof bin Hassan. Al Faatihah....
Tuesday, May 19, 2009
Sunday, May 17, 2009
Sunday, May 10, 2009
She
Satu
Mak : Jom lar kito poie tgk kubur abah kau. Ari tu, waktu kebumi Pak Ngah Leman, mak tgk dah naik busut dah kek batu mamar kubur tu..
Aku : Jom lar. Bilo mak nak poie? Bulih ajak pak ulong, bang lang dgn ipin skali.
Mak : Kito poie ari Sabtu cuti 1 Mei tu. Sumo balik kg waktu tu.
Aku : Ok la tu. Nnti bulih cat balik batu nisan dan tembok kek kubur abah tu. Nnti an boli batu putih lotak kek ateh kubur tu. Biar cantik sikit.
Mak : Haa.. Elok lar tu. Nnti omak posan kek abang dan kak lang kau. Sesamo poie sok..
Dua
Aku : Mak, jom kito poie mandi kek Jeram Tengkek. Lamo dah tak poie berkelah. Nnti ajak sumo abang, angah, kak lang dgn adik. Kito bakar sate cam dulu.
Mak : Hmm.. Elok la tu. Sekarang ni pun musim paneh. Sodap poie mandi joram nih.
Aku : Nk boli apo2 tak nak bawak poie. Roti ko nk buek sandwich?
Mak : Tak payah lar. Nanti omak masak gulai ayam kampung kito bawak poie. Cicah dgn cekodok pun sodap. Tak pun buek lempeng.
Aku : Hmm.. Yo lah.. Kang an pi boli apam balik..
Tiga
Mak : Farid, omak teringin bonar nk tgk abah Izam kek ICU kek Spital Kelumpo tu. Dah lamo masuk spital takdo poie tgk do. Moh lar kito poie.
Aku : An ok yo. Bilo mak nk poie? Nnti an amik la omak..
Mak : Bilo2 yo la. Sok kok jadi apo2 terkilan lakati omak. Waktu abah kau sakit dulu, dio la yg berulang ke spital. Ni maso dio sakit, kito takdo poie tgk doh.
Aku : Kalau camtu moh la kito poie Sabtu nih. Nnti an tipon Izam tanyo kek bangunan mano abah eh.
Mak : Hmm..Yo lah..
Empat
Aku : Mak, an dah book dah hotel. Masuk 30. 5 dan kuar 1.6. Kito masuk pulau balik ari yo lah
Mak : Dapek lak kau tompah musim cuti skolah nih? Bapo semalam?
Aku : Alhamdulillah..Joki mak. Takdo la mahal bonar. Nnti an bayar lar.
Mak : Mak 21.5 tu nak poie Indonesia. Kengkawan ngajak.
Aku : Amboi.. Berjalan sakan omak. Balik tang Indon poie pulau pulak. Poie la mak. Dah siap ko passport, tiket sumo?
Mak : Dah. Dah bayar abih dah. Tunggu nak poie yo.
Aku : Hmm.. Sok mak boli kan an t shirt Indon yo.
Mak : Yo lah..
____________________
Itu cuma sebahagian dari dialog perbualan aku dgn mak. Kalau nk dicatatkan semua, tak terhimpun rasanya. Yg tu pun aku amik apa yg berlaku dalam tempoh seminggu lepas.
Penuhi hasrat dan hajat mak sebolehnya. Itu pegangan aku. Tak ada excuse. Tak de alasan. Full stop.
SELAMAT HARI IBU
-HAJAH ROKIAH BINTI SAMAT-

Thursday, May 7, 2009
Kelam Kabut Tapi....Hepi!!
Betul.
Hidup kelam kabut tp sungging hari aku tersenyum. Jauh dan sayup2 rasa berbunga di sudut hati. Start dari 2 minggu lepas kelam kabut sbb outstn bnyk. Mula dengan Alor Setar, pas tu Kota Bharu, balik semula KL n minggu depan Perlis pulak. Tp occay.. I'm hepi n senyum sampai ke telinga.
Aku rasa (dan aku nk share dgn korang), kalau kita ada problem, jgn tangguh utk selesaikannya. Kalau boleh, selesaikan sebelum problem tu datang (kan mencegah te lagi lebih dari mengubati!!) Pas tu lagi, klu ada problem, don't look at the dark side but give more focus on the bright one (ni aku amik dari En. Ali Maidin, speaker fm SIRIM which i had attended his course yesterday). Dan terbukti betull!!!
Sebelum ni, bnyak dah aku dgr benda2 camni tp aku x amik pot. Sbb aku rasa dorang tu (motivator) main sedap ckp ja. Ntah amal ntah tidak. Aku penah juper motivator yg nasihat org bagai nk rak jgn hisap rokok tp kt luar dewan berkepul2 asap kuar dr lubang idung dia yg dah itam mcm serombong kapal tu. Piiirahhh!!!
Bila aku sedar yg setiap benda di dunia ni dibuat dan dicipta, mesti ada tujuannya, aku lebih appreciate things termasuk perkara yg boleh dipanggil masalah. Ok. Nak contoh? Nih..
Bebaru ni ujan lebat giler kt umah aku di Seri Balas. Kilat sabung menyabung dan pommmm!! mcb n elcb aku naik. Gelap gelita umah dan bila aku on balik, lampu kt yard belakang kaput. Kena panah petir. Aku dh start tensi sbb dah kol 7.00 mlm wktu tu dan lampu belakang tu penting (selepas kejadian org nk pecah masuk umah aku bebaru ni, aku phobia). Aku kol Ahmad, mamat Indon yg slalu wat wiring tp dia x leh dtg. So mlm tu yard belakang aku gelap. Sok tu Ahmad x pat dtg gak wpun ako kol dan kol dan kol dia. Hampeh. Aku kol Ah Wai, wireman dan dia x pat dtg gak. Mlm kedua yard bergelap. Aku dh mula mengeluh naper la masalah ni menimpa aku. Simple tp x boleh nk selesai. Last2 Hajar, officemate aku, bagi no tipon Ah Meng. Dan ptg tu Ah Meng dtg repair dan mlm tu yard aku cerah kembali. Habis. Camtu ja?
Takkk...
Pengajarannya..
1. Ah Meng, selain wireman, dia juga expert dlm membetulkan paip pecah dan boleh servis aircond (dan kebetulan piping umah aku tgh problem dan yezzarr, betul kata korang, Ah Meng ada..) Dan lg, next time aku nk servis aircond, Ah Meng boleh buat. Dan yg best lagi, Ah Meng charge jauh lg murah dari Ahmad yg sombong x mo tlg aku tuh!!
2. Hajar, officemate aku tu, selain bagi no Ah Meng, dia pown bagi no Suhaimi wireman (so aku dh dapat satu lg backup wireman).
3. Dan lagi, rupanya piping aku bukan bocor bwh tanah, tp getah dah loose kt tangki. Dan instead of RM 1000-00 tuk wat new piping system, aku cuma spend less than RM 50-00 tuk ganti full set bola tangki tuh. Sapa yg check? Sendiri mau ingat!!
Itu baru 3 kebaikan aku dpt dari satu masalah kecik iaitu lampu x berfungsi. Aku ada berpuluh2 (dan mgkin beratus2 masalah) yg aku x kaji lg apa kebaikan yg aku dpt dari setiap masalah tu.
Cuba korang kaji masalah korang. Mgkin dpt 3000 kebaikan tuk satu2 masalah. Mana tau???
Kan Allah tu Maha Kaya dan Maha Mengetahui..
Aku : Alhamdulillah..

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)